'Nama KJ dicadangkan bantu dapat projek landasan'
Bekas ketua pegawai eksekutif Hong Leong Credit Bhd, Seow Lun Hoo memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau mencadangkan beberapa nama, termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk membantu mendapatkan semula projek landasan keretapi berkembar bernilai RM12 bilion.
Projek itu dianugerahkan kepada MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd pada 21 Oktober 2003 sebelum bekas perdana menteri Tun Dr Mohamad bersara.
Bagaimanapun, ia ditangguhkan pada Disember 2003 ketika tempoh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Seow mencadangkan perkara itu kepada pengarah pengurusan Gamuda Bhd, ekoran saksi mendakwa Lin mendekatinya pada Februari 2006 untuk mendapatkan bantuannya untuk mendapatkan kembali projek itu.
"Lin datang kepada saya untuk mencari individu yang rapat dengan kepimpinan tertinggi untuk mendapatkan projek yang sudah ditangguhkan.
"Saya mencadangkan beberapa nama - iaitu Khairy Jamaluddin, yang juga menantu perdana menteri dan juga ketua pegawai eksekutif Shah Hakim Zain.
"Saya tidak dapat ingat nama-nama lain," katanya kepada Mahkamah Tinggi.
[Baca berita penuh]

