S'gor adakan pendengaran awam isu banjir
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan mengadakan pendengaran awam berhubung kejadian banjir besar di Hulu Langat dan Klang baru-baru ini.
Setiausaha kepada pengerusi Selcat, Sara Chang berkata, pendengaran awam itu akan diadakan pada 16 dan 17 April bagi menyiasat kejadian yang berlaku pada 7 dan 20 Mac lalu.
Menurut Sara lagi, wakil majlis mesyuarat kerajaan negeri, pejabat daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, ahli parlimen dan anggota DUN akan dipanggil.
Selain itu, NGO dan orang perseorangan yang ingin memberi keterangan turut dialu-alukan dan perlu memberi keterangan bertulis terlebih dahulu selewatnya pada 12 April, katanya lagi dalam kenyataannya hari ini.

