Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada aduan parti ditaja ejen asing, kata tim menteri

Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana parti politik yang didakwa menerima sumber kewangan asing sekiranya tidak menerima aduan mengenainya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata sehingga kini, BNM tidak menerima sebarang aduan sebagaimana yang didedahkan oleh pihak tertentu.

"Setahu saya, BNM tidak menerima apa-apa aduan untuk membolehkan BNM membuat kajian (tindakan)," katanya kepada pemberita selepas melawat peti undi Kampung Pauh Sembilan di Bachok, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pelbagai pihak bahawa parti pembangkang menerima dana asing bagi tujuan berkempen pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata sekiranya benar sebagaimana yang didakwa itu, ini menunjukkan perkembangan tidak sihat bagi sesebuah negara.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi calon yang bertanding ditaja oleh ejen luar kerana ia dibimbangi negara mungkin tergadai kepada kuasa asing.

Katanya dasar pihak asing itu mungkin bercanggah dengan nilai dan inspirasi rakyat Malaysia apabila pihak yang ditaja itu berkuasa.     

Mengenai dakwaan seorang penduduk yang terkejut menerima borang taksiran cukai pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas beberapa hari menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Awang Adek berkata penduduk terbabit tidak perlu bimbang kerana ia masalah teknikal sahaja.

Mohd Redhuan Mohd Zawawi, 44, dari Kampung Paloh Rambai di sini berkata beliau sebelum ini tidak pernah menerima borang tersebut, berasaskan pendapatannya sebagai pemandu jentera berat tidak lebih RM1,800 sebulan.

- Bernama

ADS