OIC perlu wujudkan pakatan ketenteraan tangani krisis Asia Barat
Malaysia selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) digesa supaya tidak berdiam diri tetapi sebaliknya memanggil sidang tergembar Menteri Luar dan Ketua-ketua Negara OIC berhubung krisis di Asia Barat sekarang.
Malaysia selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) digesa supaya tidak berdiam diri tetapi sebaliknya memanggil sidang tergembar Menteri Luar dan Ketua-ketua Negara OIC berhubung krisis di Asia Barat sekarang.
Ketika mebuat gesaan itu, Sekretariat Belia Islam Asean (Amsec) berkata, pihaknya memandang serius perkembangan terbaru di Iraq, terutama selepas tentera Amerika melakukan keganasan di Falujjah yang mengakibatkan lebih 230 orang terbunuh.
Sehubungan itu, Amsec menggesa Malaysia menggunakan kuasanya sebagai pengerusi OIC, untuk menggerakkan pertubuhan itu, khususnya dalam mewujudkan pakatan ketenteraan, pasukan bantuan kemanusiaan dan mewujudkan dana khas bagi membantu umat Islam.
"Setidak-tidaknya OIC boleh menyalurkan segera bantuan kemanusian atau mengenakan desakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghentikan keganasan Amerika Syarikat," kata Presiden Amsec, Mahfuz Omar dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan bahawa 'berdiam diri' tidak akan menyelesaikan masalah dalam berhadapan dengan keganasan Amerika.
"Jika Malaysia boleh bertindak tegas terhadap keganasan di negara ini, ia sepatutnya lebih tegas terhadap pengganas yang sedang mengganas di Iraq dan Palestin.
"Jika Malaysia gagal untuk mengambil langkah berkesan dan tidak berbuat apa-apa terhadap keganasan Amerika itu, negara ini akan dilihat sebagai boneka Amerika dalam percaturan politik antarabangsa," tegasnya.
Protokol Geneva
Katanya, Amsec sangat berharap supaya Malaysia mengambil iktibar daripada tragedi keganasan kuasa besar yang berlaku di Iraq dan Palestin untuk memulakan tindakan progresif OIC.
"Malaysia sebagai pengerusi OIC sepatutnya telah memanggil sidang tergempar Menteri Luar dan Ketua Negara OIC untuk membincangkan tindakan segera berhubung perkara itu.
"OIC jangan menjadi seperti Liga Arab yang masih tidak mampu untuk berbuat sesuatu terhadap saudara seagama di sekeliling mereka," tambahnya.
"Tidak cukup OIC hanya bersidang dan membuat resolusi demi resolusi, tetapi tiak ada sebarang tindakan. Amsec tidak mahu OIC menjadi seperti kelab ketua-ketua negara untuk "melepas penat sambil melancong'.
Menurut Mahfuz, keganasan Amerika di Iraq berlaku serentak dengan keganasan Yahudi Israel di Palestin di mana beribu-ribu umat Islam dibunuh sejak September 2001.
"Tindakan kejam Amerika ke atas masjid-masjid di Iraq adalah satu tindakan yang sangat bertentangan dengan Protokol Geneva yang melarang serangan ke atas rumah-rumah ibadat," tambahnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.