Anggota parlimen Rasah Anthony Loke hari ini mempertahankan tiga wakil Pakatan Rakyat yang dipersalahkan kerana didakwa tidak cukup menekankan supaya penambahbaikan sistem pilihan raya dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13 dalam jawatankuasa khas parlimen (PSC) bagi meneliti perkara itu.

Loke berkata, tiga anggota Parlimen itu beberapa beberapa kali dengan kelas menyatakan, cadangan yang dibuat, terutamanya berkaitan tuntutan BERSIH, patut dilaksanakan sebelum pengundian.

"Kamu boleh semak Hansard , kami sudah katakan hampir dalam setiap mesyuarat PSC bahawa cadangan mereka mesti dilaksanakan sebelum pilihan raya umum.

"Tetapi kita kena terima hakikat bahawa kita minoriti dalam PSC dan tidak dapat mengatasi yang lain," katanya.

Selain Loke, Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) dan Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) turut dilantik sebagai anggota PSC daripada pembangkang.

Pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan semalam berkata, anggota parlimen Pakatan dalam PSC gagal menekankan dalam laporan PSC dan terutamanya dalam laporan minoritnya bahawa pembaharuan sistem pilihan raya mesti dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]