Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA nafi kaitan dengan projek JPJ
Diterbitkan:  Apr 16, 2012 5:56 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

MCA menafikan laporan bahawa parti itu terlibat dalam penganugerahan kontrak untuk Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan hari ini berkata dakwaan seperti dilaporkan akhbar The Edge itu "tidak benar" dan "berniat jahat."

"MCA ingin menjelaskan bahawa parti ini tidak terlibat atau mempunyai peranak dalam syarikat yang diberikan kontrak untuk AES," katanya.

The Edge dalam laporannya hari ini mendakwa syarikat Beta Tegap Sdn Bhd – salah satu daripada dua syarikat yang dianugerahkan kontrak itu – mempunyai kaitan dengan MCA.

Chua juga menuntut supaya syarikat berkenaan tampil untuk menjelaskan perkara itu.

"JPJ juga perlu mendedahkan tarikh kontrak itu dianugerahkan kepada Beta Tegap dan butiran lain yang perlu untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham," katanya lagi.

The Edge telah menyiarkan penafian berhubung projek tersebut oleh seorang pegawai yang dikaitkan dengan syarikat berkenaan.

Pegawai berkenaan menjelaskan bahawa tiga menteri pengangkutan dan dua perdana menteri telah bertukar ganti sejak projek tersebut diasaskan pada 2005.

Perkara itu dinyatakannya untuk menafikan dakwaan bahawa kontrak itu diperolehi melalui hubungan tertentu.

Laporan itu juga menyebut, projek berkenaan akan membolehkan dua syarikat memasang kamera di sebanya 831 lokasi.

Syarikat berkenaan akan mendapat keuntungan melalui skim tiga lapis melibatkan sebahagian daripada hasil saman yang dikeluarkan.

ADS