Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, tiada apa yang dapat menjamin sesuatu undang-undang tidak disalahguna, walaupun terdapat perlindungan berkesan diterapkan kerana ia bergantung kepada kerajaan semasa dan ketua eksekutif.

NONE Katanya, jika pihak itu tidak menjaminnya, penyalahgunaan kuasa masih boleh berlaku.

Justeru, yang paling penting ialah memastikan tiada seorang pun ditahan atas tujuan politik, kata Nazri menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dalam perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Nazri mengulas pertanyaan berhubung jaminan kerajaan bagi memastikan jurang luas antara kuasa khas yang diberikan kepada polis bawah undang-undang baru tidak akan disalahguna seperti Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) 1969, seperti didakwa.

[Baca berita penuh]