Datuk Bandar kata belum terima permohonan
Diterbitkan: Apr 18, 2012 2:37 PM | Dikemas kini: Apr 18, 2012 2:40 PM
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih belum menerima apa-apa permohonan daripada penganjur BERSIH 3.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan 28 April.
Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai permohonan itu melalui media tetapi belum menerima permohonan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam sidang media hari ini berhubung kenyataan pengerusi bersama penganjur tersebut, Datuk Ambiga Sreenevasasn.
Ambiga berkata BERSIH 2.0 telah memohon kepada DBKL dan polis pada Isnin berhubung perhimpunan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

