Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu bagi menuntut pemansuhan pinjaman pelajaran mereka mendesak agar pihak polis bertanggungjawab terhadap insiden serangan terhadap mereka awal pagi tadi.

NONE Kumpulan yang menamakan diri mereka "Malaysia Bangkit" berkata, sebagai badan yang menjaga keselamatan orang awam, pihak polis sepatutnya mengawal keadaan dan memastikan insiden malam tadi tidak berulang.

"Kita duduk secara aman. Kita berhimpun untuk dapatkan pendidikan percuma.

"Kita mahu respon segera daripada polis dan DBKL yang ada semalam dan minta agar perkara seperti ini tidak diulangi lagi," kata pengerusinya Mohd Syahid Mohd Zaini ( kiri ) dalam sidang media di Dataran Merdeka hari ini.

Beliau juga mendakwa, ketika kejadian, pihak polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa hanya memerhatikan sahaja tindakan itu.

"Pagi tadi, lima buah kereta polis dan pihak DBKL (hadir). Apa yg kita kesal mereka hanya melihat tanpa ada respon.

"Sikap mereka perlu diubah untuk melindungi kita. Mereka perlu bertangunggjawab," katanya.

Menteri: Jangan tagih simpati

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang hari ini menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin yang antaranya meminta mahasiswa tidak menagih simpati dengan insiden itu.

muhammad safwan anang launch police report 050112 safwan anang 03 Safwan ( kanan ) berkata, kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan oleh seorang menteri.

"Saya kesal dengan kenyataan Datuk Khaled. Jangan aniya rakyat sendiri. Kita hanya tuntut pelajaran percuma. Tetapi suruh kita tanggug sendiri.

"Kenapa polis berjaga di tepi-tepi ini dan tak pertahan kami dari dipukul dan dari barang kami dirampas? Kalau kami salah, kita mesti dah ditangkap dan dipenjarakan. Tapi bila berlaku kejadian semalam (pagi tadi), mereka hanya tengok sahaja," ujarnya.

Khaled ketika mengulas insiden itu di laman Twitter hari ini berkata: "Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati."

ADS