Lawatan kira-kira 50 petugas media daripada dalam dan luar negeri ke Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang, semalam berakhir dengan perasaan tidak puas hati ekoran masa yang singkat dan peluang bertanya soalan yang terhad.

NONE Dalam sidang media sebelum lawatan, Pengarah Lynas Malaysia Sdn Bhd Mashal Ahmad dan Penasihat Keselamatan Radiologikal Ismail Bahari menghabiskan sejam setengah menjawab dakwaan buruk terhadap Lynas sebelum berakhir dengan soal soal jawab.

Malaysiakini tidak mendapat peluang bertanyakan sebarang soalan semasa sidang media walaupun berulang kali cuba mendapatkan perhatian Mashal.

Sebagai tambahan, tiada langsung disebut tentang kemudahan pelupusan kekal (PDF) dalam sidang media atau daripada pengurusan kanan Lynas.

NONE Sehingga kini, tidak butiran konkrit dan terperinci berhubung PDF diketahui, walaupun Lynas perlu membekalkannya sebelum boleh diberikan lesen operasi sementara.

Apabila didekati Malaysiakini selepas itu dan ditanya tentang tindakan lanjut Lynas sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dan menghentikan operasinya, Mashal berkata soalan itu sepatutnya dirujuk kepada gabungan pembangkang.

[Baca berita penuh]