Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bank Swiss tutup mulut isu 'Amangate' Sabah
Diterbitkan:  Apr 20, 2012 3:47 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

UBS, bank Swiss yang menjadi perhatian dalam isu dakwaan penggubahan wang haram oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, mereka tidak boleh mengulas perkara itu walaupun mempunyai komitmen membantu memerangi aktiviti itu.

NONE "UBS tidak akan mengulas khabar angin atau spekulasi dalam pasaran," Mark Pandy, jurucakap bank yang beroperasi daripada Hong Kong memberitahu Asia Sentinel .

"Bagaimanapun, dalam semua pasaran ia terlibat, dasar UBS ialah memberi kerjasama penuh kepada pengawal selia. Ia memberikan komitmen dalam membantu menentang penggubahan wang haram, termasuk amalan rasuah dan pembiayaan kepada pengganas."

Sarawak Report , NGO berpangkalan di Kuching dan London, dalam laporannya kepada umum pada Ahad mendakwa lebih AS$90 juta diluluskan secara tidak langsung pada 2007 oleh peguam Sabah daripada Musa kepada akaun peguam UBS Hong Kong sebelum dimajukan kepada akaun UBS Zurich atas nama ketua menteri.

[Baca berita penuh]

ADS