Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Tak hadir ke mahkamah Perancis beri kesan buruk
Diterbitkan:  Apr 24, 2012 10:44 AM
Dikemaskini: 9:17 AM

Tindakan perdana menteri terus berdiam diri sama berhubung tanda tanya beliau akan muncul di mahkamah Perancis untuk inkuiri dalam kes pembelian Scorpene akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan Malaysia, kata anggota parlimen DAP.

NONE "Ia memberikan kesan buruk kepada PM, yang berjanji melakukan pembaharuan dan beriltizam ke arah melawan rasuah," kata wakil rakyat Puchong Gobind Singh Deo melalui e-mel malam tadi.

"Sebagai PM, menjadi tanggungjawabnya untuk membersihkan segala perkara yang menjejaskan kerajaannya. Ia menjadi kemahuan seluruh rakyat Malaysia, terutamanya yang berada di peringkat antarabangsa."

Najib Ahad lalu enggan mengulas sama ada berniat hadir ke mahkamah Perancis selepas NGO hak asasi manusia Suhakam menyenaraikannya dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai saksi mereka.

Bercakap dalam sesi dialog dengan NGO Cina dan India di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang beliau berkata tidak perlu berbuat demikian.

[Berita penuh menyusul]

ADS