Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru Teng Chang Yeow nampaknya tidak terkesan dengan dakwaan DAP negeri bahawa pelantikannya hanyalah sebagai boneka Umno.

Teng sebaliknya berkata, beliau berterima kasih kepada Setiausaha DAP negeri Ng Wei Aik yang memberikan perhatian berhubung pelantikannya.

NONE "Biarkan dia cakap kepada diri sendiri. Saya terkejut dan berterima kasih terhadap perhatiannya.

"(Lagi pun) siapa sahaja menjadi pengerusi (BN) negeri akan dianggap boneka Umno," katanya kepada pemberita semalam.

Ng semalam berkata, pelantikan Teng bukan atas pilihan Gerakan, tetapi Umno, ekoran kelewatan mengumumkan perkara itu setelah namanya diserahkan kepada pucuk pimpinan BN November tahun lalu lagi.

Teng diisytihar sebagai pengerusi BN negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan seharinya ke Nibong Tebal dan Georgetown.

[Baca berita penuh]