ULASAN Dalam dua artikel sebelum ini, saya ketengahkan 10 masalah berkaitan daftar pemilih sebagai sebahagian daripada dapatan awal projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (MERAP), kajian bagi mengenalpasti dan memahami masalah dengan daftar pemilih sedia ada.

Dalam artikel ini, saya akan ketengahkan masalah selanjutnya melibatkan lebih banyak pengundi daripada yang dikenalpasti sebelum ini. [Lihat Bahagian I , Bahagian II ]

Pertama , kira-kira 3.1 juta pengundi dikenalpasti sebagai pengundi bukan pemastautin oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2002. Data ini diberikan oleh JPN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi tiada tindakan diambil oleh SPR untuk menangani masalah besar ini dan mengenalpasti kaedah membetulkannya.

Kedua , menggunakan data SPR sendiri, yang menyenaraikan bangsa setiap pengundi, kira-kira 65,000 pengundi yang dikenalpasti mempunyai kerakyatan asing. Daripada ini, hampir 90 peratus atau 58,000 mempunyai kad pengenalan yang menunjukkan mereka dilahirkan di Malaysia.

Sebagai tambahan, kira-kira 49,000 pengundi daripada satu negeri sahaja - Sabah - yang mempunyai sejarah yang terakam baik berhubung pemberian kad pengenalan secara imigran tidak sah bagi membenarkan mereka mendaftar sebagai pengundi.

Ketiga , dengan membandingkan daftar pemilih dalan Suku ke-4 (S4) dan Suku Ke-3 (S3) dan dengan menyemak silang dengan kemaskini sukuan daripada suku pertama hingga ketiga pada 2011, didapati 106,743 pengundi keluarkan daripada daftar pemilih tanpa dipamerkan kepada umum dan 6,762 lagi ditambah dalam daftar pemilih dalam tempoh masa yagn sama, juga tanpa dipamerkan kepada umum.

[Baca ulasan penuh]


NONE ONG KIAN MING pemegang PhD dalam Sains Politik daripada Duke University. Beliau bertugas sebagai pensyarah dan penganalisis politik di UCSI University dan pengarah projek MERAP. Ong boleh dihubungi melalui e-mel at im.ok.man@gmail.com.