Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan secara sistematik menghilangkan kerakyatan masyarakat India dengan menggolongkan mereka sebagai orang asing, dakwa Naib Presiden PKR N Surendran.

Seramai 300,000 masyarakat India didakwa tidak mempunyai kad pengenalan biru MyKad, surat beranak atau kedua-duanya sekali, dakwa Surendran dalam sidang media di Petaling Jaya.

NONE Mengetengahkan permohonan seorang wanita Periakkah Nagan pada 2011, Surendran mendakwa, Jabatan Perkhidmatan Negara (JPN) menafikan pengelasannya bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes lain, dakwa Surendan lagi, permohonan Vasantha Lakshimi Gengalingam dinafikan MyKad biru bawah Perkara 19 atas dakwaan gagal hadir sesi wawancara.

"Jika kamu lahir di Malaysia dan bukan warganegara negara lain, kamu sepatutnya dikategorikan bawah Perkara 14 (berkaitan permohonan kerakyatan)

"Tiada alasan apa pun untuk mengelaskan mereka ini bawah Perkara 16 atau 19... jangan beritahu saya (pegawai kerajaan) tidak membaca Perlembagaan Persekutuan," kata Surendran.

Perkara 14 berkaitan kewarganegaraan melalui kuasa undang-undang dan Perkara 16 pula mengenai kewarganegaraan melalui pendaftaran bagi orang yang dilahirkan di persekutuan sebelum hari kemerdekaan.

[Baca berita penuh]

ADS