Kementerian Pelancongan berkata ia tidak pernah cuba menghalang para penyokong yang mahu ke Kuala Lumpur dari Kuantan untuk menyertai Himpunan Hijau 3.0 dan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu ini.

NONE Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Ong

Hong Peng (kanan) berkata kementerian itu tidak ada bidang kuasa dalam perkara tersebut dan tidak memberi sebarang arahan untuk menghalang pemandu bas mengangkut penumpang ke Himpunan Hijau 3.0 dan Perhimpunan BERSIH 3.0.

Ong mengulas dakwaan Presiden Himpunan Hijau, Wong Tack bahawa pihak kementerian menekan pengusaha bas daripada menyewa bas kepada gerakan alam sekitar itu, yang ditubuhkan tahun lepas untuk membantah Loji Lynas di Gebeng, Pahang.

Gabungan itu telah mengadakan dua bantahan terhadap loji tersebut di Kuantan - pada 9 Oktober 2011 dan 26 Februari tahun ini.

Penyokong Himpunan Hijau merancang untuk berkumpul Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada pagi Sabtu dan kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka untuk menyertai perhimpunan bantah duduk BERSIH 3.0 pada jam 2 petang.

Wong mendakwa penglibatan kementerian itu telah menyebabkan lapan buah bas yang telah ditempah untuk membawa penyokong dari Kuala Lumpur Kuantan, dibatalkan.

Ong sebaliknya berkata menteri berkenaan tidak pernah berbuat demikian.

Kementerian juga tidak menerima sebarang aduan rasmi dari kumpulan Himpunan Hijau," katanya Ong sambil menggesa gabungan itu menyediakan maklumat mengenainya untuk disiasat dengan segera.