Lagi kejadian peserta PLKN cedera dipukul pelatih dan jurulatih
Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menerima tujuh jahitan di dahinya selepas dibelasah oleh sepuluh pelatih lain serta dua jurulatih di asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka di Maran, Jumaat lalu.
Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menerima tujuh jahitan di dahinya selepas dibelasah oleh sepuluh pelatih lain serta dua jurulatih di asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka di Maran, Jumaat lalu.
Pelatih tersebut juga mengalami kesakitan di kepala, perut dan muka akibat kejadian tersebut yang berlaku pada jam 6 petang.
Menurut Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (D7) Pahang, ASP Sampornak Ismail kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa hendak menyerahkan penutup telefon bimbit yang dicuri dan wangtunai RM50 sebagai bayaran gantirugi kepada seorang pelatih di situ.
Bagaimanapun, katanya, sepuluh peserta PLKN yang kebetulan berada di situ bertindak memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan di dahi, kepala, muka dan perut.
"Mangsa yang cedera dipukul itu kemudiannya dipanggil dua jurulatih di kem berkenaan yang dikatakan untuk bertanya mengenai kes kecurian penutup telefon bimbit itu," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini, menurut laporan Bernama .
Laporan polis
Sebaliknya, kata beliau, mangsa mendakwa ditumbuk pula di bahagian perut oleh kedua-dua jurulatih itu yang berusia dalam lingkungan 30-an.
Berikutan itu, katanya, mangsa dihantar oleh pegawai PLKN lain ke Hospital Bandar Pusat Jengka untuk mendapatkan rawatan dan terpaksa menerima tujuh jahitan di dahi.
Keesokannya, mangsa terbabit telah membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpanya di Balai Polis Jengka.
Berikutan itu pihak urusetia PLKN di situ membawa lima daripada sepuluh pelatih terbabit ke balai berkenaan untuk memberi keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Katanya siasatan kes itu diteruskan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.