Kerjasama antara penguatkuasa undang-undang persaingan adalah kunci untuk membasmi amalan kartel yang amat sukar untuk dikesan dengan kemunculan teknologi moden pada hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penguatkuasaan berkesan adalah perlu untuk mencegah dan menghentikan operasi kartel dan antara langkah terbaik memeranginya adalah melalui peruntukan yang tidak ketat ketika berurusan dengan kartel.

ismail sabri universiti malaya 161111 Beliau berkata peruntukan yang tidak ketat adalah aspek penting bagi mana-mana undang-undang persaingan terutama apabila penguatkuasa undang-undang persaingan berurusan dengan kartel.

Ia membantu agensi persaingan apabila pihak yang melakukan kartel mendedahkan maklumat penting kepada penyiasatan yang sedang dijalankan, katanya dalam ucapan pada Persidangan Asia Timur Ketujuh dan Majlis Makan Malam Gala Mesyuarat Peringkat Pegawai Tertinggi Asia Timur Kelapan, di Kuala Lumpur pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya Datuk Rohani Abdul Karim.

"Di Malaysia, kita mempunyai peruntukan untuk ini dan ia adalah mengejutkan dan mungkin lega untuk diketahui iaitu terdapat banyak pertanyaan tentang bagaimana peruntukan ini boleh dijalankan dan bila ia boleh dikuatkuasakan," katanya.

Selain daripada peruntukan yang tidak ketat, penggunaan perakuan juga adalah alat strategik yang berkesan untuk menguatkuasakan undang-undang untuk memerangi perlakuan kartel, katanya.

Justeru, katanya adalah penting program kesedaran yang berkesan untuk dijalankan bukan sahaja untuk perniagaan tetapi juga untuk agensi pemerolehan, pengguna dan orang ramai umumnya.

Persidangan bertema 'Preskripsi Terhadap Kesalahan Kartel' yang memberi tumpuan terhadap isu kartel dan kaedah memerangi kartel.

- Bernama