EGM Majlis Peguam bahas 12 resolusi BERSIH
Diterbitkan: May 5, 2012 6:27 PM | Dikemas kini: May 5, 2012 6:29 PM
Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei ini akan membincangkan 12 usulberkaitan kawalan polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.
Menurut pekeliling yang disiarkan malam tadi, ia antaranya bertujuan mengutuk kekerasan berlebihan anggota polis ketika menyuraikan peserta, tangkapan tidak wajar dan rampasan peralatan rakaman yang menyalahi undang-undang.
Resolusi lain berhubung perhimpunan 28 April itu juga:
- Menyeru polis mengenal pasti kakitangan yang ingkar dan mendakwa mereka.
- Mengulangi gesaan untuk mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
- Menggesa menteri dalam negeri dan ketua polis negara memohon maaf secara terbuka berhubung cara anggota polis menyuraikan peserta.
- Menggesa menteri dalam negeri dan ketua polis negara memohon maaf secara terbuka bagi kes serangan menggunakan kekerasan.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.