mk-logo
Berita
Polis nafi Khalid Ismath ditanya soalan seksual

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin menafikan dakwaan bahawa anggotanya mengemukakan soalan bersifat seksual ketika menyiasat seorang siswa, Khalid Ismath.

Mohd Bakri berkata dakwaan oleh peguam siswa berkenaan sebagai satu perkara "mengarut".

"Dakwaan itu dakwaan mengarut kerana siasatan polis dilakukan secara profesional," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Polis menyiasat Khalid berhubung dakwaan bahawa siswa itu menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Latheefa dalam satu sidang media semalam mendakwa polis bertanya perkara aneh, termasuk soalan sama ada siswa itu tahu bahawa gabungan BERSIH simpati ke atas golongan homoseks dan sama ada beliau suka melancap.

[Berita penuh menyusul]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS