Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tribunal akan putuskan hak Isa Samad jadi pengerusi KPF

Tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mendengar dua aduan yang akan menentukan peranan pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad dalam koperasi pelaburan agensi tersebut - Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Sekumpulan peneroka Felda dan ahli KPF menyangkal dakwaannya berhubung keahliannya dalam KPF dan jawatan pengerusi, dengan memetik Perkara 2 dan 15 undang-undang kecil KPF yang menyebut hanya seorang peneroka atau kakitangan FELDA sepenuh masa selama dua tahun, yang mempunyai kelayakan tersebut.

Isa lebih setahun dilantik mengetuai agensi tersebut dan merupakan pekerja kontrak dan bukan sepenuh masa.

Aduan mereka kepada tribunal SKM akan didengar jam 10 pagi esok.

Pada sebelah petangnya, tribunal itu akan mendengar pula dakwaan balas Isa, di mana beliau mahu dilantik segera sebagai pengerusi KPF, tanpa keperluan mengundi dan resolusi pelantikan yang mesti dibuat dalam mesyuarat tahunan KPF yang dijadualkan pada akhir tahun.

Perkara itu diberitahu oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, pendengaran yang dijadualkan bagi kedua-dua kes tersebut merupakan satu "konflik kepentingan" kerana ia didengar oleh pegawai SKM yang sama.

Pegawai itu adalah pegawai yang sama yang memutuskan bahawa SKM boleh campurtangan dan mengisytiharkan Isa sebagai ahli KPF walaupun undang-undang kecil koperasi itu jelas melarang tindakan sedemikian.

[Baca berita penuh]

ADS