Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kenyataan yang dibuat dalam satu temubual yang disiarkan oleh akhbar 'The Jakarta Post', Isnin lalu.

    

NONE Beliau, yang dipanggil SPRM untuk memberi keterangan, ditemani ahli keluarga dan peguam tiba di perkarangan Kompleks SPRM kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

    

Dalam temu bual selama 90 minit itu, Fernandez diminta memberi maklumat lanjut mengenai dakwaan beliau bahawa Malaysia sebuah negara yang tidak selamat untuk pekerja Indonesia kerana tiada undang-undang khusus menjaga kebajikan pekerja.

    

Semalam, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata kehadiran Fernandez bukan untuk tujuan siasatan.

- Bernama