Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

WAWANCARA Pengerusi Bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan mengkritik apa yang dipersetujuinya sebagai gangguan seksual dalam acara "senaman punggung" di depan rumahnya oleh sekumpulan pesara tentera.

NONE "Ia seksis... mentaliti buli," katanya sambil menyifatkan ia dilakukan kerana beliau seorang wanita,

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Ambiga berkata, tindakan itu juga melanggar ruang peribadinya.

"Jika kamu lihat bahagian tertentu dalam video, ia mengganggu. Sepuluh lelaki berdiri di depan rumah seseorang, kamu fikir apa? Saya rasa ia peri laku yang mengejutkan," selar Ambiga.

Kelmarin, sekumpulan 15 orang bekas tentera daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan senaman aneh depan rumah Ambiga di Bukit Damansara dengan dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung.

[Baca berita penuh]

ADS