Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

NGO WargaAman membatalkan rancangannya untuk menghantar tosai telur kepada timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Setiausaha agung Warga Aman S Barathidasan berkata, NGO itu memutuskan demikian memandangkan Khalid menyatakan hasrat untuk mendapatkan tosai tersebut dari sebuah restoran berdekatan.

WargaAman sebelum ini memberi notis 24 jam kepada Khalid untuk menyatakan sekiranya mahu mendapatkan makanan tersebut daripada mereka.

Khalid bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada WargaAman atas tawaran tersebut, menurut laporan laman Free Malaysia Today .

"Memandangkan beliau sudah beri maklum balas, kita akan hormati keputusannya," kata Barathidasan.

WargaAman merancang untuk menghantar tosai kepada Khalid susulan tindakan sekumpulan penjaja yang membuka gerai burger di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga pada 10 Mei lalu dengan alasan, perhimpunan 28 April menjejaskan perniagaan mereka.

Khalid mempertahankan tindakan peniaga berkenaan kerana menurutnya perbuatan tersebut tidak melanggar undang-undang dan polis tidak perlu bertindak.

Beliau kemudiannya menjelaskan bahawa pihak berkuasa tempatan masih boleh mengambil tindakan ke atas penjaja tersebut.

Sebagai tindak balas, WargaAman menyatakan hasrat untuk membuka gerak tosai di hadapan rumah Khalid untuk mempromosi makanan tersebut.

Rancangan tersebut bagaimanapun dibatalkan selepas Ambiga dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menasihat NGO tersebut supaya tidak berbuat demikian.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS