Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata program penerangan untuk mendidik pengundi akan diteruskan walau selepas menerima ancaman seperti yang berlaku di Melaka pada Sabtu lalu.

NONE Beliau menjadi sasaran dalam insiden serangan tersebut, namun kempen BERSIH akan diteruskan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Ambiga berkata beliau diberitahu supaya mengelakkan daripada menghadiri acara di Merlimau itu, memandangkan beberapa laporan polis dibuat oleh kumpulan yang membantah kehadirannya.

Katanya, tindakan yang ditunjukkan oleh kumpulan terbabit – yang menyerang dua ADUN DAP dengan melempar batu dan telur – juga merupakan sebahagian daripada pendidikan kepada pengundi.

"Ia memberi peluang kepada pengundi untuk membuat keputusan sama ada inilah Malaysia yang mereka mahu huni. (Ia) memberi peluang kepada mereka untuk putuskan sama ada ini institusi yang ingin mereka undi," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS