Peserta PLKN didakwa dipukul hingga pengsan
Seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendakwa dia dibelasah sehingga pengsan oleh sekumpulan 20 pelatih program itu di sebuah tandas di Kem PLKN Teluk Rubiah, Lumut, semalam.
Seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendakwa dia dibelasah sehingga pengsan oleh sekumpulan 20 pelatih program itu di sebuah tandas di Kem PLKN Teluk Rubiah, Lumut, semalam.
Peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Shin itu berkata dalam kejadian pada jam 11 malam itu, dia cedera di mata, telinga serta calar di bahagian muka, bahu dan dagu.
Menurut Bernama, ketika ditemui di Hospital Seri Manjung, Shin berkata dia dibawa ke hospital selepas ditemui oleh jurulatihnya terbaring di lantai tandas berkenaan.
Jurulatih berkenaan kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Sebelum kejadian itu, Shin berkata dia sedang makan di kantin bersama tiga rakannya apabila seorang pelatih lain mendekati mereka dengan mengarahkan supaya mengikutnya.
"Dalam perjalanan ke arah yang tidak diketahui, saya melihat sekumpulan 20 pelatih sudah berkumpul menunggu kedatangan kami.
Tandas
"Seorang daripada mereka kemudian meluahkan perasaan marahnya terhadap satu kumpulan lain yang menyebabkan berlaku salah faham antara kami," katanya.
Beliau berkata, kumpulan itu kemudian memaksanya memasuki tandas yang tidak berlampu dan terus menyerangnya sehingga pengsan.
Bapanya, Sin Poi Peng, 60, berkata beliau sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan pelatih terbabit.
"Saya tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku terhadap anak saya," katanya semasa menemani anaknya membuat laporan polis di Balai Polis Sitiawan, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Manjung Supt Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai merusuh.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.