PAS kutuk keganasan terhadap umat Islam Nigeria
Dewan Ulama PAS hari ini mengutuk sekeras-kerasnya keganasan kumpulam Kristian Nigeria yang mengamuk dan membunuh beratus-ratus umat Islam di wilayah Shendam sejak Ahad lalu.
Dewan Ulama PAS hari ini mengutuk sekeras-kerasnya keganasan kumpulam Kristian Nigeria yang mengamuk dan membunuh beratus-ratus umat Islam di wilayah Shendam sejak Ahad lalu.
"Amat mendukacitakan, kerajaan awam pimpinan Presiden Olusegun Obasanjo yang beragama Kristian, gagal untuk bertindak cepat bagi melindungi nasib penduduk Islam yang menjadi majoriti Nigeria," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, katanya, suara dari Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang dipengerusikan oleh Malaysia, belum didengar menyuarakan pembelaan terhadap mereka
"OIC sepatutnya pihak yang mesti ke depan apabila umat Islam dari negara kerabat OIC menjadi mangsa keganasan.
"Amat malang bagi umat Islam Nigeria apabila negaranya menjadi anggota PBB, Pertubuhan Perpaduan Afrika, Komanwel, NAM dan OIC, tetapi tidak mendapat pembelaan dan perlindungan dari organisasi besar serantau yang disertainya.
"Sekiranya OIC tidak dapat bertindak sendiri membela umat Islam Nigeria, ia patut bertindak pantas menggesa PBB supaya mengambil langkah segera menyekat pengganas Kristian itu menggnas terhadap orang Islam," kata kenyataan tersebut.
Dewan berkenaan juga kesal kerana dunia seluruhnya, khususnya Presiden George W.Bush yang menjadi juara memerangi keganasan antarabangsa, tidak berbuat apa-apa untuk menghalang pengganas Kristian yang terus mengamuk itu.
Pembunuhan
"Dia tidak mengajak sekutunya dalam Nato dan Kesatuan Eropah untuk bertindak dan memberi amaran kepada Presiden Obasanjo dan penduduk Kristian negara itu, bertindak terhadap pengganas Kristian itu.
"Malah tidak siapa tampil untuk menuduh pengganas itu pengganas dan membiarkan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Islam itu berterusan," katanya.
Dewan itu juga kesal kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah, Pertubuhan Perpaduan Afrika dan Komanwel, terus membisu dan tidak berbuat apa-apa terhadap serangan ke atas orang Islam itu.
Berikutan serangan tersebut, kata kenyataan tersebut, Pengerusi Majlis Ulama Nigeria, Umar Ibrahim Kabo telah memberi kata dua kepada Presiden Obasanjo bahawa jika kerajaan tidak bertindak melindungi umat Islam, mereka akan bertindak sendiri bagi mempertahan diri daripada terus disembelih.
"Gerakan Islam di seluruh dunia wajar segera menggunakan pengaruh yang semaksima mungkin mendesak semua kuasa dan pertubuhan dunia membela dan melindugi nasib umat Islam Nigeria. Masyarakat Islam Nigeria dipercayai mampu mempertahan diri secara fizikal, tetapi pilihan terbaik ialah dunia membela mereka yang teraniaya.
"Dengan kejadian itu, Bush dan (Tony) Blair tidak membela kebenaran dan tidak menjadi jaguh memerangi keganasan secara tulen, tetapi keganasan bagi mereka ialah yang beragama Islam. Pendirian barat pimpinan Bush mengenai keganasan wajar menerima kutukan," tambah kenyataan itu lagi.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.