Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar, Wee selesai di luar mahkamah kes saman 10j
Diterbitkan:  May 24, 2012 4:47 PM
Dikemaskini: 8:49 AM

Kedua-dua pihak dalam saman fitnah RM10 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong telah mencapai persetujuan supaya kes itu diselesaikan di luar mahkamah.

    

Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop merekodkan penyelesaian itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam yang mewakili Anwar, J.Leela, dan Datuk Ben Chan yang mewakili  Wee.

    

Mengulas perkara itu, Leela berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah, dan dengan itu Anwar telah menarik balik saman itu.

    

"Terma penyelesaian adalah rahsia dan tiada perintah dikeluarkan berkaitan dengan kos," katanya dan menurutnya pihak yang terlibat telah membincangkan mengenai penyelesaian itu sejak beberapa minggu lepas.

Mahkamah pada awalnya menetapkan 10-12 September untuk mendengar saman itu.

    

Pada 18 April, 2008, Anwar memfailkan saman itu mendakwa Wee telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah semasa timbalan menteri itu berkempen dalam satu ceramah dalam pilihan raya kecil Machap pada 2007.

    

Anwar mendakwa kenyataan memfitnah itu terkandung dalam artikel bertajuk 'Parties at their last leg of campaigning' yang disiarkan dalam portal berita proPembangkang.

    

Anwar mendakwa kenyataan berbuar fitnah oleh Wee adalah berniat jahat.

    

Wee, dalam pernyataan balasnya, menafikan mengeluarkan kenyataan memfitnah itu seperti didakwa.

- Bernama

ADS