Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan penyokong Datuk S Ambiga yang kebanyakannya wanita berhimpun di Melaka hari ini bagi membantah perhimpunan anti pengerusi bersama BERSIH itu di negeri sama minggu lalu yang dicemari insiden membaling batu dan telur.

Kumpulan 20 orang itu juga tidak puas hari dengan perhimpunan minggu lepas yang melibatkan upacara kalungan bunga terhadap gambar pemimpin gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu.

Perhimpunan selama kira-kira 40 minit itu diadakan di Taman Sri Hilir, Batang Melaka dan bermula pada jam 2.30 petang tadi.

Menurut ketua perhimpunan tersebut, P Narayanasamy, 54, mereka mengadakan protes berkenaan kerana menganggap perbuatan pihak terbabit sebagai satu penghinaan kaum wanita.

Mereka juga menyelar sikap pemimpin-pemimpin MIC yang mengambil tindakan berdiam diri berhubung isu berkenaan.

"Kami beri amaran supaya pihak berkenaan jangan hina kaum wanita.

"Jangan ganggu Datuk Ambiga kerana beliau berusaha untuk rakyat dan negara ini. Beliau berjuang dan membangkitkan isu-isu menuntut proses pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.

Narayanasamy berkata, perhimpunan mereka hari ini tidak bermotifkan politik tetapi bertujuan mendesak pihak berkenaan tidak main-main dalam isu menyentun adat resam orang lain untuk kepentingan peribadi.

"Mereka telah mengadakan upacara kematian Datuk Ambiga di Merlimau dengan mengalungkan bunga malai di atas gambar Ambiga dan perkara ini kami anggap telah menyakitkan hati kaum wanita," katanya.

ADS