BERITA

PERKASA bakar baju BERSIH di P Pinang

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Mei 2012, 10:37 pagi

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Pulau Pinang hari ini membakar 10 helai kemeja-T berwarna kuning, yang didakwa dipakai peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang telah insaf.

Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata beliau menerima bungkusan mengandungi baju itu berserta sepucuk surat, yang mana penulisnya meluahkan rasa kesal menyertai perhimpunan itu, lapor Bernama.

NONE Bercakap kepada pemberita di George Town, Mohd Rizuad, berkata penulis itu yang tidak mahu namanya disiarkan meminta PERKASA membakar baju itu atas dakwaan berlaku penyelewengan agihan wang imbuhan untuk peserta BERSIH.

Agensi berita nasional itu juga melaporkan, kumpulan 20 anggota PERKASA itu membakar kemeja-T berkenaan di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak selepas solat Jumaat.

Sementara itu, menurut wartawan Malaysiakini di tempat kejadian, Mohd Rizuan bertembung kumpulan NGO pro-Pakatan Rakyat JINGGA 13 yang menyelar perbuatan itu dan meminta aktiviti ganas dihentikan.

Jurucapap JINGGA 13 Mohammad Ikhwan Nasser menyifatkan tindakan kumpulan Mohd Rizuan sebagai "politik samseng".

Mohammad Ikhwan menasihatkan kumpulan lawannya itu supaya tidak berlagak seperti "samseng" kerana kedua-dua pihak itu berbangsa Melayu.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.