Selamat datang jerebu, silakan masuk
Jerebu di Sibu pada petang Jumaat lalu melemaskan, jarak penglihatan kurang daripada 500 meter sahaja. Tulis seseorang melalui emel kepada Pengerusi DAP Lim Kit Siang, jerebu itu "nampaknya hasil pembakaran dari kawasan setempat tetapi media massa di sini berkata ia datangnya dari Kalimantan."
Lelaki pengirim emel itu juga menulis "ramai orang kaya dan berpengaruh membersihkan tanah untuk membuka ladang kelapa sawit" di kawasan pedalaman.
Di Selat Melaka, polis marin negara ini memberi amaran bahawa jarak penglihatan semakin buruk. Pada Jumaat lalu, jarak penglihatan di selat paling sibuk di dunia itu menurun kepada dua batu nautikal dalam masa dua hari.
"Kami terpaksa mengeluarkan amaran kerana bimbang berlaku perlanggaran," beritahu Inspektor Ghazali Haron kepada akhbar The Star . Beliau juga berkata pasukan polis berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mengelakkan kemasukan pendatang tanpa izin ketika cuaca jerebu.
Lebih 1,200 kawasan kebakaran dilaporkan dikesan di Sumatera dan Kalimantan. Menurut satu pusat kajian kaji cuaca di Singapura, cuaca kering dan panas di Sumatera pada minggu akhir bulan lalu menggalakkan kebakaran hutan. Asapnya dapat dikesan di daerah Riau di tengah Sumatera pada awal Mac.

Pada 5 Mac, 781 kawasan kebakaran dikesan," laporan itu dipetik.
"Cuaca kering yang ada kini tidak dijangkakan berpanjangan kerana hujan diramalkan turun dari semasa ke semasa sehingga Mei 2000. Keadaan ini mungkin mengurangkan kebakaran yang ada kini.
"Antara Jun hingga Oktober, yang selalunya musim monson barat daya yang kering di rantau ini, kebakaran dijangkakan bertambah akibat cuaca kering itu," laporan yang sama dipetik.
Walaupun tiada laporan rasmi dibuat di Malaysia, menurut satu laporan dari Indonesia, kawasan kebakaran "yang jauh lebih besar daripada Indonesia" juga dikesan di Malaysia!
"Berdasarkan data satelit NOAA-14 dan Topex Poseidon, titik api (hot spots)yang ditafsirkan sebagai lokasi kebakaran hutan, sebetulnya tidak hanya ada di wilayah Indonesia. Beberapa wilayah di Malaysia bahkan dikesan memiliki hotspot yang lebih besar dibandingkan di wilayah Indonesia," laporan akhbar dalam talian yang popular di Indonesia[#1] Detik.com[/#] pada Sabtu lalu dipetik.
Hari ini bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Dr George Chan, mengaku kejadian pembakaran terbuka dibenarkan di 23 tempat pada Rabu lalu. Tetapi, katanya lagi, kawasan itu berkurangan kepada lapan tempat sahaja di negeri itu "selepas permit pembakaran dibekukan."
Bagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menganggap "Malaysia tidak terkena kesan" kebakaran itu. Percubaan malaysiakini menghubungi jabatan itu petang ini membayangkan semua pegawai tinggi terbabit berada di luar negara, bercuti atau bermesyuarat. Alangkah indahnya jika JAS benar-benar bermesyuarat menangani isu ini.
Percubaan malaysiakini mengesan indeks API melalui laman web JAS menemui jalan buntu[#2] (http://www.jas.sains.my/doe/api.html)[/#] .
Beberapa laporan urusetia Asean yang dipertanggung-jawab memantau jerebu di rantau ini dan sebuah sambungan (link) ke jabatan alam sekitar di negara jiran juga menemui nasib yang sama. Apakah ada 'konspirasi' mennyembunyikan maklumat jerebu dari kita semua?
Sementara itu, DAP dalam satu kenyataan meminta Indeks Pencemaran Udara (API) ditarik keluar daripada klasifikasi Akta Rahsia Rasmi (OSA) seperti diputuskan oleh kabinet pada Ogos tahun lalu.
Foto satelit semalam, pada jam 6 petang, menunjukkan kumpulan asap (awan) yang tebal di tengah-tengah Semenanjung, seolah-olah hujan dua hari lepas belum berjaya mengurangkannya.
Hujan lebat di Sumatera hari Sabtu telah berjaya meningkatkan jarak pandangan. Menurut laporan[#3] Detik.com[/#] yang menghubungi petugas di stesen pemantau jerebu di Banda Simpang Tiga Pekanbaru, jarak pandangan mencapai 1,500 hingga 2,000 meter. Pesawat juga boleh mendarat dan berlepas seperti biasa sepanjang hari.
Menurut sumber yang sama, jerebu tebal hanya pada Jumaat sehingga sejumlah penerbangan tertunda, dan malah ada yang dibatalkan.
Semalam hujan turun rintik-rintik "tetapi asap masih tetap ada dan "kalau ada angin, maka asap akan datang lagi."
"Namun asap dilaporkan masih menuju ke arah Singapura dan Malaysia, dan keadaan ini menimbulkan kebimbangan musibah serupa tahun 1997 akan terulang lagi. Saat itu asap tebal menutupi kawasan di region ini selama beberapa hari dan mengancam kesehatan jutaan warga di Asia Tenggara," sumber yang sama dipetik.
Menteri Alam Sekitar pada Sabtu lalu, seperti tahun lepas juga, mengingatkan media tempatan agar tidak membangkitkan API agar "tidak menakutkan pelancong."
Pada 4 April nanti, sempena Hari Alam Sekitar Brunei, menteri-menteri Asean akan berkumpul dan membincangkan isu ini di Bandar Seri Begawan. Menteri-menteri ini memang terkenal mengeluarkan pelbagai kenyataan politik yang menunjukkan kesungguhan mereka tetapi tetamu tidak diundang ini masih sudi bertanding lagi.
Malaysia mengalu-alukan kehadiran jerebu. Memang, asap tebal yang merimaskan dan mendatangkan risiko kesihatan ini tidak boleh dihalang di sempadan atau dihantar pulang macam pendatang tanpa izin. Tetapi sikap membisu kerajaan yang menyorok API itu samalah menggalakkan kita semua menyedut asap berbahaya itu.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.