Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperbetulkan satu lagi kesilapan dalam daftar pemilih selepas ia didedahkan oleh seorang penyelidik. Namun, banyak persoalan yang masih tidak terjawab.

NONE Awal bulan ini, Ong Kian Ming, pengarah Projek Analisis Daftar Pemilih

Malaysia (Merap) mengesan nombor MyKad pengundi berdaftar Farimah binti Ansan Afandi, berbeza dari tarikh lahirnya yang tercatat di pangkalan data di dalam talian SPR.

Carian Malaysiakini di pangkalan data tersebut mengesahkan bahawa nombor MyKad tersebut adalah 560615125826 tetapi tarikh lahirnya yang disenaraikan ialah 17 September 1970.

Seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk memberi menjawab pertanyaan tersebut menjelaskan bahawa Farimah pada mulanya didaftarkan sebagai pengundi dengan menggunakan kad pengenalan lamanya yang mempunyai lapan digit pada 14 September 1993.

"Pada tahun 1998 Mykad 12 digit beliau direkodkan dengan nombor 700917125292. Oleh itu tarikh lahirnya turut ditukar kepada 17 September 1970," katanya dalam satu mesej teks.

"Semakan pada 2011 mendapati Mykad 12 digit asal beliau (700917125292) telah tidak aktif dan dia diberikan nombor baru (560615125826).

"Pada 19 Julai 2011, nombor Mykad beliau dalam daftar pemilih induk dikemaskinikan kepada no Mykad 12 digit yang aktif tetapi tarikh lahir tidak ditukar.

"Kini tarikh lahir telah ditukar apabila kesilapan dikesan. Ini adalah proses pengemaskinian biasa yg boleh dibuat segera apabila ianya disedari," katanya.

Semakan kedua terhadap pangkalan data dalam talian SPR menunjukkan tarikh lahir Farimah telah diperbetulkan kepada 15 Jun 1956.

[Baca berita penuh]