Hadirin tidak akan dapat mengemukakan soalan secara terus dalam pusingan kedua perdebatan antara Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana pihak penganjur sedang merangka format baru.

azlan Bercakap dalam sidang akhbar petang ini, Ketua Pegawai Eksekutif

Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) yang menganjurkan debat tersebut, Datuk Michael Yeoh berkata, hadirin perlu mengemukakan soalan mereka terlebih dahulu atau menulis pada kad.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana terdapat tuduhan wujud berat sebelah dan tidak adil sewaktu sesi soal jawab dalam perdebatan sebelumnya.

Dalam perdebatan Lim dan Chua pada 18 Februari lalu terdapat aduan dari ahli DAP yang mereka tidak diberi peluang untuk mengemukakan soalan walaupun lama menunggu.

NONE Dalam sesi soal jawab tersebut seorang ahli MCA yang kurang

dikenali, Jessie Ooi (kanan) menjadi 'bintang' dan mendapat gelaran 'Ms Tow Truck' kerana berapi-rapi mengemukakan soalan kepada Lim mengenai dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

Perdebatan bertajuk - Debat 2.0: DAP dan MCA: Dasar siapa memberi lebih faedah kepada negara? - akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway, Sunway Pyramid pada 8 Julai.

Dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, debat tersebut akan berlangsung selama dua jam - dua kali ganda masa perdebatan sebelumnya.

Yeoh berkata beliau menjangka pedebat akan merangkumi bidang seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, perkhidmatan komuniti, perpaduan nasional, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.

Menjelaskan mengenai tajuk debat tersebut, beliau berkata, terdapat keperluan yang lebih besar untuk memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai dasar-dasar awam ekoran pilihan raya umum yang semakin hampir.

[Baca berita penuh]