22 ahli Umno lawan BN dalam pilihanraya dipecat seumur hidup
Seramai 22 ahli Umno yang bertanding menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-11 Mac lalu, secara automatiknya gugur menjadi ahli parti seumur hidup, kata Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen hari ini.
Seramai 22 ahli Umno yang bertanding menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-11 Mac lalu, secara automatiknya gugur menjadi ahli parti seumur hidup, kata Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen hari ini.
Bernama
memetik beliau sebagai berkata terdapat bukti sahih untuk memecat mereka secara automatik seperti yang termaktub dalam Artikel 20 (10) Perlembagaan Umno.Tanpa menyebut nama anggota-anggota terbabit, Tengku Rithauddeen berkata kebanyakan mereka adalah dari Sabah.
Antara yang bertanding sebagai calon bebas ialah bekas ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan. Walaupun tewas, Ibrahim memperolehi 6,198 undi.
Tindakan Ibrahim itu telah menjejaskan peluang BN merampas kerusi tersebut apabila calonya, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman tewas dengan majoriti 1,251 undi kepada calon PAS, Ismail Noh.
Abdul Rahim memperolehi 16,275 undi manakala calon PAS tersebut mendapat 17,527 undi.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga itu di Kuala Lumpur, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata: "Presiden dan Majlis Tertinggi Umno memandang serius anggota parti yang melawan dasar Umno dan akan segera mengambil tindakan."
Kes kukuh
Beliau berkata lembaga itu menerima 32 aduan daripada bahagian-bahagian mengenai pelbagai salah laku semasa pilihanraya umum lalu yang membabitkan 454 anggota parti, termasuk 22 anggota yang gugur keahlian secara automatik itu.
"Tetapi belum dapat dipastikan kesemua aduan itu mempunyai kes yang kukuh untuk disabitkan," kata Tengku Rithauddeen
Beliau berkata antara salah laku yang diadukan adalah menyokong parti lawan, menjadi pencadang kepada calon parti lawan dan membenarkan ceramah parti lawan diadakan di rumah mereka.
Katanya 16 orang telah diminta membela diri semasa sidang pertama Lembaga Disiplin pada 26 Mei ini.
Lima tribunal dengan tiga orang anggota telah dilantik untuk membicarakan kes-kes itu.
Kesemua aduan tersebut, katanya, akan cuba diselesaikan sebelum mesyuarat pemilihan Umno yang bermula di peringkat cawangan pada 1 Jun ini, diikuti mesyuarat bahagian pada 1 Julai dan Majlis Tertinggi pada 23 September depan.
Ditanya kedudukan anggota yang menang jawatan yang ditandingi tetapi selepas itu didapati mempunyai kes dan bersalah, beliau berkata: "Kalau bertanding semasa pemilihan cawangan dan bahagian ini, dan menang, mereka akan dipecat dari jawatan mereka."
Mengenai pengadu yang membuat aduan yang tidak jujur dan berniat tidak baik, beliau berkata tindakan juga boleh diambil terhadap mereka.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.