Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) Mohd Ali Tinju berkata, isteri perdana menteri Rosmah Mansor membawa pelbagai kemajuan dalam negara dan acuan baru pemikiran anak-anak Malaysia.

NONE "Kita lihat ada pihak kata Datin Seri Rosmah, (dakwaan beli) cincin RM24 juta... Datin Seri Rosmah telah membawa pelbagai kemajuan dalam negara ini.

"Beliau balik ke dalam negara bawa acuan baru untuk pemikiran mengubah anak-anak Melayu, Malaysia maju ke hadapan," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini .

Mohd Ali yang popular dengan aksi 'senaman punggung' depan rumah Datuk S Ambiga menyeru agar berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak dan isteri kerana sanggup berjumpa dengan rakyat.

Ditanya mengenai sesetengah pihak yang masih mengecam Rosmah, Mohd Ali tetap memuji bahawa, isteri perdana menteri itu terus maju ke hadapan.

"Datuk Seri, berdua orangnya mempunyai pemikiran yang tajam dan walau diuji pahit dan manis.

"Bagi saya, Datin Seri tak ambil berat hal itu dan terus ke hadapan. Buatlah kerja masing-masing. Jangan sakiti hati orang lain," katanya lagi.

Selar 'rasuah' anak menteri

Sementara itu, Mohd Ali turut mencabar mana-mana menteri yang terlibat dengan dakwaan rasuah tampil menjelaskannya secara terbuka dan jika terbukti hendaklah meletakkan jawatan.

Tanpa menyebut nama, Mohd Ali mendakwa, terdapat seorang menteri baru terpalit dengan dakwaan anaknya mendapat kontrak kerajaan sebanyak RM30 juta.

NONE "Mereka harus kotakan janji hapuskan rasuah. Baru rakyat akan sayangi kerajaan Najib.

"Saya minta pada menteri yang rasuah, segera buat kenyataan. Buat macam apa yang saya buat. Contohnya, RM30 juta bagi pada anak menteri atau menteri. Buat kenyataan, ‘saya berhenti politik kerana anak-anak saya dan saya rasuah'.

"Saya harap pada menteri-menteri ni kena bertanggungjawablah. Jangan asyik perdana menteri dengan timbalan buat kerja. Kami boleh jadi mata dan telinga kerajaan untuk menegur," katanya.

Beliau turut meminta agar Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berani membuat rombakan barisan kepimpinan bagi menghalang "virus" itu merebak.

ADS