Perbicaraan terhadap seorang jurutera yang dituduh membunuh eksekutif prmbangunan perniagaan Noritta Samsudin di Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Allahyarham mungkin telah mengadakan seks oral dengan mana-mana daripada pasangannya pada hari beliau dibunuh.

Dr Abdul Halim Mansar, Pengarah Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur, yang menjalankan bedah siasat terhadap Noritta, berkata teori itu boleh ditunjukkan dalam contoh swab, menurut laporan Bernama .

Bagaimanapun, berkaitan kes ini, tidak ada contoh swab yang diambil dari badan Allahyarham, kata beliau apabila disoal peguambela V.Sithambaram.

Dr Abdul Halim, saksi pendakwaan ke-13, memberikan keterangan dalam perbicaraan jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Puncak Prima Galleria Condominiums di Sri Hartamas, di sini, antara jam 1.30 pagi dan 4 pagi pada 5 Dis tahun lalu.

Sithambaram

:"Adakah doktor bersetuju bilangan pasangan yang telah melakukan seks dengan Noritta dalam kes ini (sebelum kematian) tidak dapat disahkan semata-mata dengan terdapatnya air mani seperti alasan berikut.

"Alasan itu ialah, pertama jika seorang lelaki telah menggunakan kondom, kedua lelaki itu menjalani vasketomi dan akhirnya lelaki itu menarik sebelum ejakulasi."

Dr Abdul Halim

: "Betul".

Gigitan

Beliau turut bersetuju bahawa terdapat jenayah seksual yang dilakukan oleh seorang pasangan lelaki yang cemburu yang selalunya melibatkan gigitan pada puting susu dan menyebabkan kecederaan pada alat kelamin wanita.

"Pada kes ini, saya tidak menjumpai bukti seperti itu yang berkaitan dengan perkara ini," kata beliau.

Dr Abdul Halim yang mengakui bahawa perlakuan seks perhambaan merupakan satu hubungan seks luar biasa, yang dilakukan dengan mengikat kedua-dua tangan di belakang dan kedua-dua kaki diikat bersama untuk mewujudkan satu keadaan yang tidak berdaya dan memberikan kepuasan seks bagi mereka yang melakukannnya.

Dr Abdul Halim berkata beliau menyedari bahawa aspiksia seksual tidak diiktiraf sebagai satu kematian dalam protokol bedah siasat yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan ia merupakan satu cara kematian dan bukan kerana satu penyebab.

Sithambaram

: "Dalam insiden ini, adakah setelah doktor menjalankan bedah siasat, doktor memperolehi apa-apa sejarah perubatan daripada doktor Noritta?"

Dr Abdul Halim

: "Tidak".

Beliau bersetuju kepada Sithambaram bahawa jika Noritta ada menghidap asma, ia boleh menyebabkan satu spasma yang boleh mengakibatkan kematian aspiksia.

Tercungap

Sithambaram

: "Apabila seseorang memasukkan kain ke mulut mangsa, dua perkara boleh berlaku yang menyebabkan kematian. Satu, apabila mangsa tercungap-cungap untuk bernafas, beliau menghisap kain dalam laluan udara yang sedikit dan keduanya keluarnya air liur yang berterusan yang menyebabkan kain itu kembang dan mungkin boleh mengkibatkan tercekik, Adakah doktor bersetuju?"

Dr Abdul Halim

: "Ya".

"Dengan memasukkan kain di mulut, ini menutup sebahagian laluan udara yang boleh menyebabkan kekurangan oksigen," kata beliau.

Ditanya sama ada dengan meletakkan plastik atau beg kertas atau dengan meletakkan sarung bantal di kepala, ini merupakan satu kaitan aspiksia seksual, dan Dr Abdul Halim kata: "Ya".

Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju bahawa Norrita meninggal dunia disebabkan aspiksia seksual.

Sithambaram

: "Bahawa keterangan mengenai aspiksia seksual dalam bentuk kain, sarung bantal dan sarung bantal bulat adalah satu jenis eksperimen seksual untuk meningkatkan perasaan berahi, adalah bukan menyebabkan kematian Noritta?"

Dr Halim

: "Dalam kes ini, Saya tidak setuju".

Semasa pemeriksaan semula, apabila Timbalan Pendakwaraya Stanley Augustin bertanyakan kenapa pakar itu tidak bersetuju bahawa Noritta mati kerana aspiksia seksual, Dr Abdul Halim berkata apabila beliau menjalankan bedah siasat, ini menunjukkan lidah mangsa cedera teruk dan lain-lain kecederaan.

Tekanan kuat

"Dalam aspiksia seksual, ini adalah satu proses sukarela. Lidah merupakan satu objek yang boleh bergerak dan bukan statik. Kalau dalam proses sukarela, apabila mangsa terasa sakit, ia dengan mudah akan menolak atau menarik kepala.

"Dalam kes ini, kecederaan di lidah adalah konsisten dengan satu tekanan yang kuat. Saya anggap ini adalah satu paksaan. Lidahnya saya telah memotong semasa bedah siasat dan mendapati memang terdapat kecederaan yang berat," terangnya.

Augustin

: "Semalam semasa soal balas, doktor mengatakan bahawa tidak dapat menentukan secara pasti sama ada wujud penjerutan, penyumbatan atau kelemasan. Mengapa?"

Dr Abdul Halim

: "Ini adalah kerana bahan-bahan itu yang menyebabkan penjerutan, penyumbatan dan kelemasan itu tiada pada badan mangsa sewaktu saya memeriksanya."

Pada ketika itu, Hakim Datuk Abdull Hamid Embong meminta pakar itu untuk menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan bahan-bahan.

Disumbat

"Kain itu adalah bahan dan ia tidak ada dalam mulut Noritta. Jadi, penyumbatan memang tiada waktu saya periksa. Apabila bahan bukti ditunjukkan kepada saya, ini bertindih. Apabila saya memeriksa, benda-benda ini tidak ada dalam mulut atau terikat pada kepala mangsa. Maka, boleh berlaku penyumbatan, atau penjerutan atau kelemasan," katanya.

Dr Abdul Halim mengakui sekiranya beliau dapat melihat kain tuala muka ataupun sarung bantal pada mayat Noritta dalam keadaan asal, beliau dapat membuat kesimpulan berdasarkan itu.

Tetapi, pada soalan Augustin: "Bolehkah bahan ini (tuala muka) menyebabkan kematian seperti kelemasan" dan pakar itu menjawab: "Boleh".

Bagi kecederaan teruk di dasar lidah dan epiglotis pula, Dr Abdul Halim berkata kecederaan itu merupakan satu tekanan yang digunakan untuk memasukkan kain ke dalam mulut mangsa secara paksa dan ini akan menyebabkan kematian.

Perbicaraan bersambung Isnin ini dan pihak pendakwaan akan memanggil seorang ahli kimia untuk memberi keterangan.