Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, tindakan kerajaan menubuhkan panel bebas bagi menyiasat perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu membuang masa.

NONE Katanya, tiada apa lagi untuk disiasat kerana perhimpunan itu haram dan melanggar arahan mahkamah dengan cuba memecahkan penghadang untuk ke Dataran Merdeka.

Menurut Ibrahim lagi, tiada gunanya menubuhkan panel hanya untuk memuaskan hati pihak yang menuduh polis melakukan keganasan dalam perhimpunan itu.

Ekoran desakan pelbagai pihak, kerajaan pada 9 Mei lalu mengumumkan penubuhan panel bebas diketuai bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.

[Baca berita penuh]