Siasatan ke atas tawaran untuk membiaya ibadah haji dan umrah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih boleh dibuka semula walaupun telah dibebaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata, jawatankuasa penilai operasi SPRM berhak untuk menilai semula kes berkenaan dan mengemukakannya untuk pendakwaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Namun, memandangkan Nik Aziz tidak menerima tawaran tersebut, Nazri berkata beliau percaya bahawa pendakwaan harus dibuat ke atas pihak yang membuat tawaran berkenaan.

Beliau menjawab soalan oleh Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang bertanya sekiranya panel SPRM mempunyai kuasa untuk memutuskan sekiranya kes ke atas Nik Abdul Aziz boleh dibuka semula dan didakwa.

Nik Aziz sebelum ini berkata beliau tidak maklum bahawa penerimaan tawaran tersebut merupakan satu kesalahan memandangkan beliau tidak dinasihati berhubung perkara itu poleh penasihat undang-undang Kelantan.

[Baca berita penuh]