Jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC) berpandangan bahawa loji Lynas Advanced Material Plant (Lamp) tidak berpotensi untuk menyebabkan bahaya kemalangan besar dan wajar diberikan lesen operasi sementara (TOL).

Laporan PSC yang dibentangkan di Parlimen itu juga menyatakan bahawa loji berharga RM700 juta di Gebeng, Kuantan, bukan satu loji nuklear berdasarkan fakta sains, makna perundangan, dan maklumat yangh diberikan pakar.

"Jawatankuasa ini maklum bahawa Lamp adalah kilang bahan kimia berdasarkan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang mengkelaskan produknya sebagai oksida dan karbonat nadir bumi.

"Sementara itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mengkategorikannya sebagai kilang pengeluaran sementara Jabatan Alam Sekitar mengkelaskannya sebagai kilang kimia berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974," kata laporan itu.

Berbeza dengan negara lain, walaupun laporan itu mengakui sisa dari Lamp akan mengandungi bahan radioaktif semulajadi, termasuk uranium dan thorium, ia berpendapat bahan-bahan ini bukan bahan api nuklear dan ia dikawal di Malaysia.

 

[Baca berita penuh]