Kumpulan anti-Lynas tuntut hak bersuara di Parlimen
Kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) hari ini memprotes di luar Parlimen bagi menuntut hak untuk bersuara di Dewan Rakyat.
Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet berkata ia perlu kerana Dewan boleh memberikan kekebalan untuk mereka bercakap menentang Lynas.
"Jika kami bercakap tanpa imuniti, kami akan menjejaskan kes kami
kerana Lynas telah memfailkan saman fitnah terhadap kami," katanya.
Protes di Parlimen pintu masuk Parlimen itu diserta kira-kira 100 orang yang datang menjelang dewan membahaskan laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai Loji Advanced Material Lynas (Lampu).
Ketika beberapa orang ahli Parlimen memandu masuk kawasan Parlimen, mereka menurunkan tingkap dan mengangkat ibu jari manakala yang lainnya membunyikan hon tanda sokongan.
[Baca berita penuh]

