Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan Scorpene: K'jaan akan jawab pada 26 Jun

Kerajaan akan menjawab berhubung perkembangan siasatan Perancis terhadap tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia dari syarikat DCNS.

NONE "Pada 26 Jun, saya akan menjawab mengenai perkara itu (di sana)," kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi sambil menuding ke arah tempat persidangan Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan mengenai dakwaan penjualan dokumen

rahsia Tentera Laut Diraja Malaysia dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya mengenai sepina yang dijangka akan dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepadanya dan menteri dan pegawai kerajaan Malaysia yang lain, Ahmad Zahid menegaskan beliau akan menjawab pada tarikh yang sama.

Apabila terus diasak dengan soalan, beliau meminta pemberita "tunggu sehingga 26 haribulan".

[Baca berita penuh]

ADS