Penerbit video dakwa keganasan polis disiasat
Hazlan ZakariaDiterbitkan: Jun 22, 2012 2:47 PM | Dikemas kini: Jun 22, 2012 6:36 PM
Polis merakam kenyataan seorang pengarah filem Linus Chong yang menyiarkan satu video menunjukkan sekumpulan pegawai polis menyerang dan memukul seorang peserta perhimpunan BERSIH 3.0.
Kenyataannya dirakam di IPD Dang Wangi oleh sepasukan polis yang diketuai ASP Chua Wee Seng.
Chung memberitahu pemberita bahawa polis mahu mengambil kenyataanya untuk membantu siasatan ke atas keganasan polis ketika perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April lalu.
“Saya diminta hadir untuk memberi kenyataan saya berhubung video BERSIH saya," katanya ketika ditemui selepas polis merakam kenyataannya.

