Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Sistem pajak teksi satu 'perhambaan moden'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berikrar untuk menghapuskan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta yang disifatkannya sebagai "perhambaan moden".

Kerajaan sebaliknya akan mengeluarkan lesen secara terus kepada individu di bawah satu model baru dalam satu tempoh rancangan.

"Saya tak suka dengar syarikat dapat terlalu banyak lesen teksi. Era kita bagi pada syarikat individu kita akan tamatkan.

"Dan dalam model baru ini kita beri kepada individu dalam satu bentuk sistem baru di mana kepentingan individu kita pelihara dengan sebaik-baiknya.

"Sebab sistem pajak teksi ini satu bentuk perhambaan moden yg saya tak suka," katanya yang disambut dengan sorakan oleh lebih 5,000 pemandu teksi di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil pagi ini.

Katanya, sasaran tersebut akan dapat dicapai dalam tempoh antara satu hingga dua tahun kerana kerajaan perlu berunding dengan pihak berkepentingan yang berkaitan.

Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 juta melalui Yayasan 1MDB Najib sebagai insentif kepada pemandu teksi berkenaan.

Jumlah itu bertujuan untuk meliputi baucer subsidi kepada kira-kira 70,000 pemandu teksi seluruh negara untuk menukar set tayar berjumlah RM525.

Katanya, kerajaan telah mengenalpasti lebih 300 pusat menukar tayar seluruh negara bagi mendapatkan tayar buatan Malaysia jenama Goodyear atau Continental.

Selain itu, Kementerian Penerangan juga memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi memberikan perlindungan insurans, tambahnya.

[Baca berita penuh]

ADS