Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GERAKAN sasar 3 kerusi parlimen, 4 kerusi DUN di Perak

Parti GERAKAN negeri Perak akan memberi tumpuan kepada tiga kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN di Perak pada pilihan raya umum ke-13, kata pengerusinya Datuk Chang Ko Youn.

Kerusi Parlimen tersebut ialah Taiping, Beruas dan Teluk Intan manakala kerusi DUN ialah Aulong, Canning, Jalong dan Kuala Sepetang, katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa negeri parti itu di Ipoh hari ini.

Chang, yang juga Timbalan Presiden Gerakan, berkata beliau berpuashati dengan jentera pilihan raya parti itu yang melakukan tugasan masing-masing di peringkat cawangan dan bahagian

Mengenai calon untuk bertanding bagi kerusi berkenaan, beliau berkata senarai nama itu diteliti oleh Jawatankuasa Pusat parti itu dan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Barisan Nasional (BN) untuk membuat penilaian.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS