BERITA

Tricubes akan merayu kepada Bursa M'sia

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Jul 2012, 1:45 pagi

Tricubes Bhd akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Bursa Malaysia yang menolak cadangan rancangan penstrukturan semulanya secepat mungkin.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Tricubes berkata penolakan oleh Bursa hanya akan menjejaskan status penyenaraian bukan mempengaruhi kemampuan syarikat untuk menjalankan perniagaannya seperti biasa.

"Syarikat ingin memberi jaminan kepada pemegang saham dan pelanggan yang syarikat pada kedudukan kewangan yang baik dan terus dengan perniagaan seperti biasa," katanya.

Tricubes berkata ia telah memulakan saluran perniagaan baru (bayar setiap perkhidmatan digunakan) yang berulang dan urus niaga yang mempunyai kesan positif terhadap unjuran kewangan syarikat.

Projek-projek termasuk pembayaran saman trafik melalui mesin juruwang automatik; E-Post (menghantar notis digital/bil/ penyata melalui akaun myemel); dan Tamtamcrm (langganan berdasarkan kepada sistem pengurusan hubungan pelanggan).

Pada Selasa, Bursa menolak cadangan Tricubes dengan menyatakan yang sekuriti syarikat akan digantung mulai 11 Julai setelah syarikat tidak dapat menunjukkan ia boleh kembali menguntungkan dan juga daya maju segmen perniagaan baru.

Syarikat dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan projek emel 1Malaysiapada April 2011.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.