Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tiada surat tunjuk sebab isu Faekah'
Diterbitkan:  Jul 5, 2012 1:04 PM
Dikemaskini: 1:30 PM

Naib presiden PKR Tian Chua hari ini menafikan laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberi surat tunjuk sebab oleh pihak parti itu.

Akhbar tersebut hari ini memetik sumber sebagai berkata biro politik PKR, dalam mesyuarat Ahad lalu, memutuskan untuk mengeluarkan Khalid (kanan) surat tunjuk sebab untuk meminta penjelasan mengapa setiausaha politiknya Faekah Hussin tidak harus dipecat.

NONE Ia melaporkan bahawa biro itu dilapor berpendapat, kerajaan Selangor tidak patut mengamalkan pilih kasih dalam isu surat sokongan kerana sebelum ini terdapat pihak yang dipecat kerana amalan sama.

Faekah sebelum ini mengaku mengeluarkan surat kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) milik kerajaan negeri agar sebuah firma guaman 'dipertimbangkan' menjadi panel peguam di PNSB.

Beliau bagaimanapun menafikan ia surat sokongan. Khalid juga mempertahankan pegawai kanannya itu dengan berkata ia amalan biasa dan tidak melanggar etika.

Tian Chua ketika dihubungi hari ini mengesahkan Khalid telah menghadiri mesyuarat biro politik malam tadi yang dipengerusikan oleh presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tetapi agenda utamanya bukan mengenai Faekah.

"Kami telah mengeluarkan amaran yang sangat serius kepada ahli parti supaya berhenti mempersoalkan Faekah mengenai isu itu," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS