PKR: E-mel tunjukkan masalah trafik udara berterusan
Masalah berhubung sistem kawalan trafik udara berterusan, berdasarkan e-mail dalaman daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bertarikh akhir Jun, dakwa PKR.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengedarkan kandungan lima e-mel dalaman - bertarikh 25 dan 27 Jun - yang memuatkan kemaskini status itu.
Menurut e-mel itu, masalah yang dilaporkan termasuk skrin radar menjadi "beku" di pelbagai tempat selama 5 saat saat dan jadual penerbangan ( flight plan ) memerlukan kemaskini data secara manual.
Malaysiakini bagaimanapun pada masa ini tidak dapat mengesahkan kesahihan e-mel itu pada masa ini.
Sementara itu, seorang pegawai kanan pengendali trafik udara mengesahkan kepada Malaysia e-mel itu memang asli tetapi menyifatkan perkara diketengahkan hanya masalah kecil dan tidak mengundang risiko keselamatan.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.