Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan pemberian kontrak RM2 juta untuk membekalkan hamper hari raya sejak 2009 kerana ia didakwa berjalan mengikut buku.

Katanya, ketika keputusan itu dibuat pada 2008 dan 2009, sebahagiannya dibuat melalui tender terbuka kerana ia bernilai bawah RM50,000 yang dibenarkan.

NONE "Tetapi bila kita bercakap tentang kontrak RM2 juta (sekali gus), ini mesti melalui tender terbuka," kata Khalid kepada pemberita ketika ditemui di Gombak hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan, kerajaan Selangor dituduh memberi tender itu sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka untuk membuat agihan kepada golongan miskin.

Sumber-sumber kerajaan Selangor memberitahu, tender hamper yang diberikan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masing-masing bernilai RM490,000; RM150,000 dan RM1.44 juta; melalui rundingan terus.

Exco bertanggungjawab Dr Xavier Jayakumar menafikan dakwaan tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS