Ratu Rock negara Ella, atau nama sebenar Norzila Aminuddin, menamatkan zaman bujangnya semalam apabila sah bergelar isteri kepada juruterbang Azhar Husaini Ghazali.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Telok Gadong Baharudin Abu Bakar di rumah keluarga Ella di Telok Gadong di Pelabuhan Klangi, dalam satu majlis tertutup malam tadi.
"Ella rasa syukur segalanya dipermudahkan. Setelah sering ditanya bila akan naik pelamin, Allah makbulkan hari ini," katanya yang ditemui selepas majlis itu malam tadi.
Penyanyi itu mengesat air mata kegembiraan selepas sah bergelar isteri kepada Azhar yang dikenalinya sejak sembilan tahun lepas.
- Bernama
