Kerajaan Selangor patut membentangkan segera kertas putih berhubung pembelian hutang Talam Corporation Bhd daripada terus menyelar MCA kerana menyatakan keraguannya dalam isu itu, kata setiausaha MCA Selangor.

Wong Koon Mun berkata, walaupun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji membentangkannya dua tahun lalu, MCA masih diminta menunggu sehingga pembentangan Belanjawan 2013 nanti.

NONE "Kelewatan ini mencadangkan bahawa kerajaan cuba menyembunyikan beberapa maklumat dalaman," kata Wong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baru.

Dalam kenyataannya hari ini, Wong berkata, jika kerajaan benar-benar memulakan penstrukturan semula hutan Talam, tiada lagi alasan untuknya menangguhkan pembentangan kertas putih itu.

Katanya, pembentangan segera juga sekali gus boleh membuktikan sama ada semua transaksi berjalan secara sah dan telus.

""Kerajaan Pakatan patut menunaikan iltizam kepada rakyat dengan memberikan penjelasan yang jelas daripada mengugut untuk menyaman dan enggan menjawab sebarang soalan," katanya.